Friday, October 2, 2009

Berita Kurang Baik & Minggu yang sibuk


Sahabat-sahabat / teman / rakan dan para pelanggan yang sentiasa menyokong Awra's OnLiNe StoRe,

Assalamualaikom dan salam sejahtera.

Selamat Hari Lebaran diucapkan buat semua sahabat-sahabat / teman / rakan dan para pelanggan yang beragama Islam. Kami pasti anda semua masih lagi berada dalam suasana hari raya dengan kesibukan melayan kunjungan rakan taulan dan rumah terbuka.

Kami memohon maaf kerana stok Lampin Kain Microfiber Wuddah model Snap Button dan Printed yang dijadualkan tiba selepas Hari Raya masih belum dapat diedarkan kepada semua pelanggan yang telah membuat tempahan berikutan masalah logistik yang tidak dapat dielakkan. Pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu bagi menyelesaikan perkara ini dan berharap ianya dapat diselesaikan secepat mungkin. Kesabaran anda amat dihargai.

Minggu yang sibuk

Buat pengetahuan semua pelanggan dan pembaca blog ini yang dihargai, minggu kebelakangan ini adalah minggu yang terlalu sibuk buat kami di Awra's OnliNe StoRe. Kami memohon berbanyak kemaafan sekiranya layanan kami terkurang di sana sini sepanjang tempoh kebelakangan ini dan hari-hari berikutnya sehingga beberapa urusan tersebut dapat diselesaikan.

Wuddah Showroom in making

Ruang Pameran Lampin Kain Moden Wuddah sedang dalam proses pembinaan demi memenuhi permintaan pelanggan bagi mendapatkannya secara terus tanpa sebarang kos tambahan. Ianya juga diharap dapat memenuhi hasrat anda yang ingin mendapatkan penerangan lanjut tentang produk ini dan melihat sampel produk. Ianya akan dibuka tidak lama lagi di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur (atas Hyundai Motor).

Sesi temuramah dan photoshoot produk Wuddah di Utusan Malaysia



Dapatkan liputan istimewa produk Wuddah sebagai coverpage Urban sebanyak 3 mukasurat di Akhbar Tabloid Kosmo pada hari Khamis ini (8 Oktober 2009).

Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong kami. :)


1 comments:

Artikel Komputer dan Berita said...

Oke deh
Buat yang mau baca daftar orang terkaya di indonesia bisa ke Daftar orang terkaya di Indonesia

Post a Comment