Wednesday, September 9, 2009

SALAM RAMADHAN & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI


Assalamualaikom dan salam sejahtera.

Buat semua sahabat dan anda semua yang menyokong Awra's OnLiNe Store sepanjang kedai online ini beroperasi bermula 30 Mac 2009 yang lalu (Usia yang terlalu muda bagi kami).


Sepanjang tempoh itu terlalu pantas masa berlalu dan pelbagai transformasi telah kami lalui. Kami bermula dengan penjualan melalui blog (blogstore) dan kini hasil sokongan anda semua kami telah mula beroperasi dengan lebih teratur melalui web ini (webstore). Bagaimanapun, webstore tersebut masih belum dapat dikemaskini sepenuhnya kerana masih terdapat beberapa item yang belum dapat dimuat naik (upload). Ianya mungkin akan mengambil sedikit masa lagi.


Atas kesedaran dan kecintaan akan peri pentingnya pendidikan keibubapaan yang baik, kami juga kini telah memperkenalkan kepada anda jenama baru lampin kain moden terkini iaitu Wuddah.


Perkataan wuddah yang bermakna 'CINTA' terlalu luas tafsirannya buat kami. Ia menggambarkan betapa kecintaan kami di Awra's OnLine StoRe dan semua Reseller terhadap penjagaan anak-anak secara alami, kecintaan kami kepada kesedaran penjagaan alam sekitar dengan tidak menggunakan lampin pakai buang dan kecintaan kami kepada ANDA SEMUA dengan cuba sedaya upaya menawarkan yang terbaik dengan harga berpatutan. Ini kerana kami juga pernah melalui fasa seperti anda (jahil mengenai faedah pemakaian lampin kain moden dan membiarkan anak-anak terdedah dengan pelbagai risiko bahan kimia).


Kami BERBESAR HATI menjemput anda mencuba sendiri produk terbaru ini sebelum membuat sebarang penilaian. Kami menyediakan beberapa pakej penjimatan untuk anda. Ianya juga sangat sesuai bagi anda yang mahukan KELAINAN gaya buat sikecil anda di pagi raya.

Sebagai tanda kesyukuran dan salah satu sumbangan kemasyarakatan dari KAMI & ANDA SEMUA, setiap 2% dari keuntungan bagi pembelian produk WUDDAH bermula 09-09-2009 hingga 31-10-2009 akan didermakan kepada Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Bandar Baru Bangi, Selangor. Marilah sama-sama kita menyumbang kepada yang memerlukan. "Ia mungkin KECIL, tapi BESAR maknanya buat mereka".


Akhir kata, Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2009 - Minal Aidi Wal Fa Izin dan..


Selamat menggunakan Lampin Kain Moden Wuddah.



Nota: Sila email sebarang komen / cadangan berkenaan produk Wuddah. Cadangan dan komen membina dari anda semua akan kami pertimbangkan bagi memperbaiki mutu produk ini pada masa akan datang. Terima kasih.



~Admin~