Monday, November 23, 2009

HAPPY AIDIL ADHA




Dear Our Loyal Customers and Visitors,

Please be informed that our business operation will temporarily shutdown from 26th November 2009 (Thursday) until 30th November 2009 (Monday) for Hari Raya Aidil Adha celebration. Our online store will just receive your order within this period and we will serve your order as usual starting on 1st December 2009 (Tuesday) at the first possible opportunity.

We are sorry for the inconvenience.

Thank you.

Wednesday, November 18, 2009

Where are we?

Please click on the picture to enlarge.


We are here:

No.58, 1st Floor,
Jalan Jujur,
Bandar Tun Razak,
56000, Cheras,
Kuala Lumpur
Tel: 013-851 1203/ 012-254 0864
Fax: 03-9173 6008

Feel free to visit us! :)

Saturday, November 14, 2009

SOCIAL CONTRIBUTION - 12/11/2009



We would like to thank all of you which help us with bought Wuddah Cloth Diaper along 09-09-2009 until 31-10-2009. We did forward a cheque of 2% (as per mentioned in our previous announcement) from the sale as a sincere contribution from all of us to PERTUBUHAN ANAK YATIM DARUL IZZAH, Bangi Selangor DE.

May our little help can make them smile. :)

Friday, October 30, 2009

WUDDAH SHOWROOM

Dear our valued customer,

You are welcome to our Showroom:














Wuddah Showroom is located at:

No. 58, 1st Floor,
Jalan Jujur, Bandar Tun Razak,
56100 Cheras, Kuala Lumpur
Tel: 013-851 1203 / 012-254 0864
Fax: 03-9173 6008

Operation time:

Monday - Saturday : 9.00 am - 8.00pm
Sunday : 9.00 am - 12.30 pm

note: Do visit us to see our product yourself.

Thursday, October 22, 2009

Wuddah FAQ




Q: Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan lampin kain moden?

A: Lampin kain moden merupakan satu produk inovasi yang dicipta dari inspirasi lampin kain tradisional dan penggunaan ikatan plastik disebelah luar bagi menghindarkan dari kebocoran yang sangat popular suatu ketika dahulu. Penggunaanya merupakan sebagai satu cara alternatif kepada ibu bapa prihatin yang mementingkan kesihatan anak kecil mereka dengan memberikan sikecil anda apa yang terbaik daripada alami. Ia lebih kepada pendidikan tentang amalan keibubapaan yang baik tanpa campurtangan sebarang bahan kimia dan menyumbang kepada penjagaan alam sekitar.


Q: Apakah perbezaan Lampin Kain Moden Wuddah dengan lampin pakai buang?

A: Perbezaannya sangat ketara kerana Lampin Kain Moden Wuddah diperbuat dari bahan semulajadi seperti kapas dan bamboo dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia seperti yang terdapat dalam lampin pakai buang yang mana penggunaanya diHARAMKAN di banyak negara maju yang mementingkan kesihatan dan alam sekitar. Ianya boleh dibasuh dan digunakan berulangkali seperti pakaian selagi mana anda dapat menjaganya dengan baik seperti pakaian kita yang lain. Ianya terbukti dapat mengurangkan kejadian RUAM LAMPIN yang sering terjadi pada anak kecil yang terdedah kepada bahan kimia yang terdapat dalam lampin pakai buang.


Q: Bagaimana saya boleh mendapat penjimatan dengan menggunakan Lampin Kain Wuddah?

A: Anda akan mendapati bahawa anda telah menjimatkan perbelanjaan bulanan anda dalam jangka panjang. Ini kerana anak kecil yang menggunakan lampin pakai buang biasanya akan terus menggunakan lampin sehingga berumur 4 / 5 tahun sedangkan hasil kajian menunjukkan kanak-kanak yang menggunakan lampin kain akan berupaya membuang air sendiri selepas berumur 3 tahun (potty training). Anda akan membelanjakan RM3k - RM5k untuk seorang anak bagi membeli lampin pakai buang biarpon ianya hanya berharga sekitar RM0.50 - RM0.60 sekeping hingga umur anak anda mencecah 4 atau 5 tahun bagi seorang anak. Lampin Kain Wuddah didatangkan dengan satu saiz dan ianya mempunyai butang yang boleh dilaraskan untuk muat dengan saiz anak baru lahir hingga berumur 3 tahun atau beratnya mencecah 15 - 18 kg (sila rujuk keterangan produk). - Sila rujuk jadual penjimatan dalam entry ini.


Q: Mengapa saya perlu mencari susah mengendalikan lampin kain sedangkan saya mempunyai pilihan untuk menggunakan lampin pakai buang untuk anak saya?

A: Soalan ini sering timbul terutamanya bagi ibu bapa bekerja yang sibuk dengan urusan harian di kota. Pada hakikatnya menguruskan lampin kain tidaklah sesukar yang disangka. Ianya seperti menguruskan pakaian harian anda yang lain. Lampin kain Wuddah sesuai dibasuh menggunakan mesin basuh. Anda pastinya akan membasuh pakaian anda saban minggu maka ianya adalah perkara biasa bagi anda bukan? Gunakan 'wet pail' bagi menyimpan lampin kain sehingga hari basuhan dan gunakanlah sabun yang paling murah kerana sabun yang paling murah biasanya tidak mengandungi sebarang unsur pelembut atau bahan peluntur yang boleh merosakkan fabrik lampin kain. Keutamaan kita adalah kesihatan anak-anak kita dan anak-anak kita adalah TANGGUNGJAWAB kita!


Q: Apakah perbezaan Lampin Kain Wuddah berbanding lampin kain moden jenama lain?

A: Lampin Kain Wuddah adalah produk jenama tempatan dan dikeluarkan oleh anak tempatan. Pengeluarannya adalah dengan satu hasrat iaitu bagi memberi pendidikan tentang amalan keibubapaan yang baik dan memberi peluang kepada semua ibu bapa prihatin untuk menggunakannya dengan berdasarkan kemampuan masing-masing. Sila rujuk entry ini dan ini untuk mengetahui keistimewaan lampin kain Wuddah.


Q: Harga vs Kualiti?

A: Produk Wuddah ditawarkan dengan harga yang mampu milik dengan TIDAK MENGABAIKAN aspek kualiti produk kami. Pernahkah anda melihat barangan yang sama dijual di kaki lima berharga berlipat kali ganda apabila dijual di dalam pasaraya terkenal? Pada kami ianya lebih kepada segmen pasaran mana sesuatu produk itu ditawarkan. Ada produk yang disasarkan untuk golongan mewah dan ada produk yang disasarkan untuk golongan pertengahan dan bawah. Kami masih mengekalkan cara pembungkusan yang biasa-biasa saja bagi memastikan produk kami tidak mahal hanya kerana bungkusannya yang akhirnya akan dibuang begitu sahaja tetapi kami menumpukan pada penghasilan produk yang berkualiti. Kami percaya anda adalah PENGGUNA BIJAK, maka andalah yang tentukannya.


Q: Adakah pelapik (insert) Wuddah dijual secara berasingan?

A: Buat masa ini, kami tidak menjual insert / inner lampin kain Wuddah secara berasingan. Ianya dijual secara set yang mengandungi sehelai pant dan sehelai insert. Kami mempunyai perancangan untuk menjualnya secara berasingan untuk digunakan sebagai pelapik tambahan (double inserts) pada masa akan datang dan ianya akan mempunyai label Wuddah setiap satu.


Q: Adakah tanda perniagaan (trademark) Wuddah merupakan tanda perniagaan yang terkawal?

A: Ya. Tanda Perniagaan Wuddah telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia Penggunaan tanda perniagaan ini secara tidak betul adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Ini juga bukti komitmen kami terhadap produk yang berkualiti dengan jenama yang diyakini.


Q: Bagaimana saya boleh mendapatkan / membeli produk Wuddah?

A: Anda boleh membuat pembelian di kedai online kami di alamat website www.awrastore.com atau dengan mengunjungi Showroom kami di alamat :

No. 58, 1st Floor,
Jalan Jujur,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.

Atau dengan menghubungi wakil jualan terdekat kami.


Q: Saya amat tertarik dengan produk ini dan ingin sama-sama menyumbang peranan dalam memberikan pendidikan tentang amalan keibubapaan yang baik menerusi pemakaian Lampin Kain Moden Wuddah. Bagaimana caranya sekiranya saya mahu menjadi wakil jualan produk ini di tempat saya?

A: Anda amat dialu-alukan. Sila email kepada kami nama penuh anda, lokasi sebagai wakil jualan dan nombor telefon anda untuk dihubungi ke alamat email: amsstore@gmail.com. Kami akan memberikan kepada anda Borang Permohonan Sebagai Wakil Jualan dan Terma & Syarat Lengkap yang anda perlu patuhi sebagai wakil jualan kami.

Sebarang cadangan / perlukan maklumat lanjut sila hubungi kami dengan menghantar email ke amsstore@gmail.com

Selamat ber CD. :)

Friday, October 2, 2009

Berita Kurang Baik & Minggu yang sibuk


Sahabat-sahabat / teman / rakan dan para pelanggan yang sentiasa menyokong Awra's OnLiNe StoRe,

Assalamualaikom dan salam sejahtera.

Selamat Hari Lebaran diucapkan buat semua sahabat-sahabat / teman / rakan dan para pelanggan yang beragama Islam. Kami pasti anda semua masih lagi berada dalam suasana hari raya dengan kesibukan melayan kunjungan rakan taulan dan rumah terbuka.

Kami memohon maaf kerana stok Lampin Kain Microfiber Wuddah model Snap Button dan Printed yang dijadualkan tiba selepas Hari Raya masih belum dapat diedarkan kepada semua pelanggan yang telah membuat tempahan berikutan masalah logistik yang tidak dapat dielakkan. Pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu bagi menyelesaikan perkara ini dan berharap ianya dapat diselesaikan secepat mungkin. Kesabaran anda amat dihargai.

Minggu yang sibuk

Buat pengetahuan semua pelanggan dan pembaca blog ini yang dihargai, minggu kebelakangan ini adalah minggu yang terlalu sibuk buat kami di Awra's OnliNe StoRe. Kami memohon berbanyak kemaafan sekiranya layanan kami terkurang di sana sini sepanjang tempoh kebelakangan ini dan hari-hari berikutnya sehingga beberapa urusan tersebut dapat diselesaikan.

Wuddah Showroom in making

Ruang Pameran Lampin Kain Moden Wuddah sedang dalam proses pembinaan demi memenuhi permintaan pelanggan bagi mendapatkannya secara terus tanpa sebarang kos tambahan. Ianya juga diharap dapat memenuhi hasrat anda yang ingin mendapatkan penerangan lanjut tentang produk ini dan melihat sampel produk. Ianya akan dibuka tidak lama lagi di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur (atas Hyundai Motor).

Sesi temuramah dan photoshoot produk Wuddah di Utusan Malaysia



Dapatkan liputan istimewa produk Wuddah sebagai coverpage Urban sebanyak 3 mukasurat di Akhbar Tabloid Kosmo pada hari Khamis ini (8 Oktober 2009).

Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong kami. :)


Wednesday, September 9, 2009

SALAM RAMADHAN & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI


Assalamualaikom dan salam sejahtera.

Buat semua sahabat dan anda semua yang menyokong Awra's OnLiNe Store sepanjang kedai online ini beroperasi bermula 30 Mac 2009 yang lalu (Usia yang terlalu muda bagi kami).


Sepanjang tempoh itu terlalu pantas masa berlalu dan pelbagai transformasi telah kami lalui. Kami bermula dengan penjualan melalui blog (blogstore) dan kini hasil sokongan anda semua kami telah mula beroperasi dengan lebih teratur melalui web ini (webstore). Bagaimanapun, webstore tersebut masih belum dapat dikemaskini sepenuhnya kerana masih terdapat beberapa item yang belum dapat dimuat naik (upload). Ianya mungkin akan mengambil sedikit masa lagi.


Atas kesedaran dan kecintaan akan peri pentingnya pendidikan keibubapaan yang baik, kami juga kini telah memperkenalkan kepada anda jenama baru lampin kain moden terkini iaitu Wuddah.


Perkataan wuddah yang bermakna 'CINTA' terlalu luas tafsirannya buat kami. Ia menggambarkan betapa kecintaan kami di Awra's OnLine StoRe dan semua Reseller terhadap penjagaan anak-anak secara alami, kecintaan kami kepada kesedaran penjagaan alam sekitar dengan tidak menggunakan lampin pakai buang dan kecintaan kami kepada ANDA SEMUA dengan cuba sedaya upaya menawarkan yang terbaik dengan harga berpatutan. Ini kerana kami juga pernah melalui fasa seperti anda (jahil mengenai faedah pemakaian lampin kain moden dan membiarkan anak-anak terdedah dengan pelbagai risiko bahan kimia).


Kami BERBESAR HATI menjemput anda mencuba sendiri produk terbaru ini sebelum membuat sebarang penilaian. Kami menyediakan beberapa pakej penjimatan untuk anda. Ianya juga sangat sesuai bagi anda yang mahukan KELAINAN gaya buat sikecil anda di pagi raya.

Sebagai tanda kesyukuran dan salah satu sumbangan kemasyarakatan dari KAMI & ANDA SEMUA, setiap 2% dari keuntungan bagi pembelian produk WUDDAH bermula 09-09-2009 hingga 31-10-2009 akan didermakan kepada Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Bandar Baru Bangi, Selangor. Marilah sama-sama kita menyumbang kepada yang memerlukan. "Ia mungkin KECIL, tapi BESAR maknanya buat mereka".


Akhir kata, Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2009 - Minal Aidi Wal Fa Izin dan..


Selamat menggunakan Lampin Kain Moden Wuddah.



Nota: Sila email sebarang komen / cadangan berkenaan produk Wuddah. Cadangan dan komen membina dari anda semua akan kami pertimbangkan bagi memperbaiki mutu produk ini pada masa akan datang. Terima kasih.



~Admin~