Lampin Kain Moden Wuddah (www.awrastore.com)
1 Pemakaian lampin kain moden menjadi semakin popular kebelakangan ini berikutan tahap kesedaran yang semakin meningkat tentang peripentingnya penjagaan anak secara alami (semulajadi) terutama di Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom yang amat mementingkan kesihatan dan penjagaan alam sekitar.
2 Tahukah anda apa yang ada dalam Lampin Pakai Buang yang penggunaannya sangat meluas ketika ini?
I Dioxin – Sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkab kanser, kecacatan kelahiran, kerosakan limpa, penyakit kulit dan kerosakan genetik. Bahan ini disenaraikan oleh EPA sebagai bahan yang sangat toksik (beracun) dan merupakan bahan kimia penyebab kanser.
Ii Tributyl-Tin (TBT) – Boleh menyebabkan masalah hormon yang serius kepada manusia dan haiwan
Iii Sodium polyacrylate – Boleh dilihat sebagai sejenis gel. Juga merupakan sejenis bahan yang sangat toksik (beracun).
3 Ruam Lampin?
Sangat kerap berlaku kepada bayi yang menggunakan lampin pakai buang. Ianya dipercayai disebabkan oleh kesan tindak balas air kencing atau najis bayi dengan bahan-bahan kimia yang terdapat dalam lampin pakai buang. Ianya berwarna merah dan terjadi di sekitar kawasan pemakaian lampin dan bila ianya semakin teruk, ia akan menyebabkan kulit bayi berdarah.
4 Kenapa memilih pemakaian lampin kain moden?
I Kesihatan kulit bayi dan kesihatan bayi – penggunaan lampin kain moden boleh menurangkan risiko ruam lampin dari 78% (kes ruam pada 1991) kepada 5% (kes ruam pada 1955)
Ii Menjimatkan wang – Penggunaan lampin kain moden adalah menjimatkan wang dalam jangka masa panjang (Rujuk jadual penjimatan*)
Iii Mesra alam – Daripada kajian, lampin pakai buang menyumbang sebagai sampah ketiga terbesar dunia dan ianya mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput.
Iv Latihan buang air sendiri – Menurur kajian dalam Wall Street Journal, 4 May 2000, pemakaian lampin pakai buang telah menyebabkan bayi lewat belajar membuang air sendiri 6 bulan dari yang sepatutnya.
V Anti-bakteria secara semulajadi – fabric buluh secara semulajadinya mempunyai elemen yang menentang pembiakan bacteria.
Vi Fabrik buluh menyerap lebih 60% banyak daripada fabric kapas dari kuantiti yang sama.
Viii Fabrik buluh juga dapat melindungi dari sinar Ultra Violet (UV), tahan lasak dan mewah untuk bayi
Ix Penyelenggaraan yang mudah – Ianya boleh dibasuh dan dikeringkan menggunakan mesin basuh.
5 Apa keistimewaan lampin kain moden Wuddah?
I Saiznya lebih besar dari kebanyakan jenama lain di pasaran (sesuai bagi bayi baru lahir hingga berat bayi 15kg)
Ii Boleh memuatkan dengan baik bayi yang bersaiz kecil kerana sayapnya boleh dilaras dan dipasang secara bertindih dengan adanya ciri butang tambahan istimewa pada sayap.
Iii Mempunyai ciri poket tersembunyi sebagai tambahan bagi memastikan insert (pelapik) tidak terkeluar semasa lampin kain dipakai terutamanya jika bayi telah lasak.
Iv Insert (pelapik) boleh dibutangkan melekat dengan lampin kain bagi memastikan ianya sentiasa berada di posisi yang betul dan mengelakkan kebocoran akibat pelapik yang salah posisi. (Ciri ini hanya terdapat pada lampin kain bamboo)
V Harganya lebih murah dan berpatutan berbanding lampin kain jenama lain setandingnya di pasaran. Maka anda boleh menikmati penjimatan berganda (jimat dari segi harga dan jimat perbelanjaan dengan memilih untuk menggunakan lampin kain moden)
6 Jadual Penjimatan*:
A. Purata kos pembelian Lampin Pakai Buang
(Berdasarkan penggunaan maksima sebanyak 6 helai sehari bagi seorang bayi)
I RM0.50 X 6 helai X 30 hari = RM90.00 sebulan
Ii RM90.00 X 12 bulan = RM1,080.00 setahun
Iii RM1,080.00 X 3 tahun = RM3,240.00
(3 tahun adalah umur ideal bagi bayi tidak lagi menggunakan sebarang lampin dan sepatutnya telah mahir membuang air sendiri)
B. Kos bagi pembelian 20 helai lampin kain moden Wuddah (20 helai adalah jumlah yang disyaorkan)
RM39.00 X 20 helai = RM780.00
C. Penjimatan:
RM3,240.00 – RM780.00 = RM2,460.00
Beli / buat pesanan secara online? - Klik sini
Admin
awRa's OnLiNe StoRe