Wednesday, August 5, 2009

Workshop Summary - Kursus Cendawan




Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu & Asas Keusahawanan



Ringkasan Kursus


Kursus akan di ajar oleh tenaga pengajar yang merupakan Usahawan Cendawan yang berpengalaman. Beliau merupakan anak didik MARA dan kini sedang giat mengusahakan penanaman cendawan tiram kelabu.

Secara dasarnya, kursus akan diajar secara teori - penerangan dlm kelas (20%) dan praktikal - amali (80%). Peserta akan diberi pengalaman membuat dan melihat sendiri setiap proses dari membuat bancuhan, bagging, mengukus, semaian, memeram, menuai, dan membungkus.

Setiap peserta akan didedahkan dengan semua kos yang amat praktikal bagi memulakan sendiri penanaman cendawan bila berakhir kursus. Tanaman cendawan yang dikatakan memerlukan tempat yang luas dan perlu penyejukan (aircond) adalah mitos. Peserta akan dibawa berkongsi pengalaman dengan tenaga pengajar dan dibawa melawat ke tapak perusahaan cendawan bagi melihat sendiri dan merasai pengalaman di sana. Beberapa TEKNIK RAHSIA hasil pengalaman tenaga pengajar mengusahakan sendiri tanaman tersebut yang terbukti akan didedahkan. Teknik ini tiada ditulis dalam mana-mana buku teori berkaitan tanaman cendawan.

Peserta akan didedahkan juga dengan penyediaan kertas kerja / Rancangan Perniagaan. Bagi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan khidmat nasihat lanjut penyediaan kertas kerja dan tips serta langkah bagi permohonan pinjaman dibeberapa sektor kerajaan sehingga berjaya juga ada disediakan.

Setiap peserta akan dibekalkan dengan beg media cendawan yang telah siap disemai dan merasai sendiri bagaimana ia tumbuh, dipetik dan dimasak apabila berakhir kursus.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En Ali / En Man Hady di talian 013-8794466 / 012-2540864.

Terima Kasih




-Admin-